Assallamualaikum buat semua,
Renunganlah buat sejenak kesah "Paku di diding hati mu"...... Moga ia sidikit sebanyak memberi kesedaran pada diri kita yang sering melukakan hati insan insan yang terdekat dengan kita. Sering kita lupa kadang kala kemarahan kita, perkataan yang kita luahkan dan kelemahan kita dalam mengawal situasi membuat orang tersinggung. Kisah dari kemarahan itu lah yang memecahkan hubungan baik antara keluarga, saudara dan teman.........
PAKU DI DINDING HATIMU..
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia sering tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya".
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Keluarga adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Keluarga juga adalah pendengar, tempat berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hati mereka untuk kamu.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kamu sekian."
"ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side."
CONFIDENTIAL NOTE: The information contained in this e-mail is intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain privileged and confidential information. If you are not the intended recipient, please notify the sender and delete the mail immediately. We are not liable for any unauthorized sending of or interference with this mail. Thank you.